Make your own free website on Tripod.com
MISI, VISI DAN FALSAFAHMISI, VISI DAN FALSAFAH

INFO:

Laman ini akan memaparkan Misi, Visi, dan Falsafah
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
 

MISI

Menyediakan asas pendidikan teknikal yang kukuh agar pelajar dapat mencapai kecemerlangan akademik dan meneroka bidang-bidang keilmuan khususnya kejuruteraan.

Membentuk sahsiah pelajar supaya mempunyai sifat-sifat prihatin, beriltizam, peka terhadap perubahan dan inovasi serta dapat menyumbangkan khidmat kepada pembangunan negara.

 

VISI

Untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan kemahiran.

Untuk membentuk pelajar supaya berdisiplin, berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan berdikari.

 

FALSAFAH

SMTKL memberi peluang seluas-luasnya dan berterusan kepada pelajar untuk memperkembang potensi yang sedia ada daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini bertujuan mewujudkan kumpulan pelajar yang dinamik dan berketrampilan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Piagam pelanggan
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

Pendidik Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur bertekad dan berazam untuk memberi pendidikan yang cemerlang, mapan, berketrampilan dengan penuh iltizam yang selaras dengan matlamat pendidikan negara.

Perkhidmatan yang berkualiti dicapai melalui permuafakatan, kegigihan, peka dan responsif terhadap tanggungjawab kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.